Artikel

Harga Kopi Mungkin Naik 25% Pada 2025 – Kesan Hasil Tuaian Yang Terjejas

Tahun 2025 mungkin akan menyaksikan berlakunya peningkatan harga kopi sekitar 25% pada pasaran global. Situasi ini kesan daripada perubahan cuaca yang menjejaskan hasil tuaian pada negara pengeluar seperti Brazil dan Vietnam.

Untuk pengetahuan umum, Brazil adalah pengeluar kopi terbesar di dunia dan menguasai sekitar satu pertiga daripada permintaan global melibatkan pengeluaran kopi Arabica. Isu kemarau yang berpanjangan di Brazil telah membawa tekanan kepada pemain komoditi. Sementara Vietnam pula yang bertindak selaku pengeluar kopi Robusta terbesar di dunia berdepan masalah perubahan cuaca seperti hujan dan taufan, yang memberi kesan ke atas hasil pengeluaran.

Kedudukan ini secara jelas mengurangkan kapasiti hasil tuaian negara pengeluar.

Secara menyeluruh, harga kopi di peringkat dagangan telah merekodkan kadar tertinggi secara berturutan. Di mana kopi Robusta setakat Januari telah meningkat lebihi $5,500 setan, iaitu paras yang tertinggi sejak rekod 2008. Manakala kopi Arabica pula meningkat lebihi $7,300 setan, menjadi rekod tertinggi sejak 1977.