Fiuu, penyedia platform teknologi kewangan Asia Tenggara kini bekerjasama dengan Visa untuk memperkenalkan Penyelesaian Ansuran Visa (VIS) kepada perniagaan di rantau ini.
VIS untuk makluman ialah penyelesaian masa-nyata yang dikuasakan oleh platform Beli Nanti Pakai Lekas (BNPL) dan dipacu API, yang boleh disepadukan dengan proses pembayaran sedia ada. Penyelesaian ini membolehkan kumpulan perniagaan menawarkan pilihan ansuran yang lebih mudah, sekaligus meningkatkan jualan dan memperkasakan pengalaman pelanggan.
Sokongan itu tidak sekadar membolehkan peniaga Fiuu menerima pembayaran ansuran yang dikeluarkan oleh penerbit VIS di Malaysia bahkan turut diperluas pada pasaran Singapura dan Filipina.
Menerusi penyelesaian ini, ia menawarkan pengguna lebih fleksibiliti dan akses kepada pilihan pembayaran yang mereka inginkan dan ia tidak mengugatkan tahap kuasa beli pengguna di pasaran semasa.
Setakat ini beberapa jenama seperti Samsung, Electrolux, BWL Group, telah mengintegrasikan VIS pada platform mereka melalui Fiuu. Penggunaan meluas ini sekaligus mencerminkan komitmen operasi untuk memperkasakan pengalaman pelanggan dan menawarkan penyelesaian pembayaran yang lebih fleksibel.