Artikel

Kerajaan Tidak Bercadang, Perkenal Cukai Baharu Dalam Masa Terdekat – MOF

Kerajaan ketika ini tidak memiliki hasrat mahupun cadangan untuk perkenalkan sebarang cukai baharu kepada rakyat Malaysia.

Tumpuan kini lebih terarah kepada untuk meningkatkan pematuhan dan menambahbaik sistem percukaian Malaysia. Menerusi langkah itu, Kementerian Kewangan (MOF) jangka ia akan membawa impak yang baik pada rekod kutipan hasil negara.

Jelas pentadbiran lagi, pengenalan cukai baharu perlu diteliti sebaik mungkin. Ia tidak sekadar menimbang akan keperluan hasil negara tetapi status ekonomi semasa perlu diambilkira diikuti had dan cabaran kerajaan untuk meningkatkan lagi kualiti sistem percukaian Malaysia. Setelah segala faktor ini diteliti, maka barulah terdapat kewajaran akan pengenalan cukai baharu.

Walaupun tiada pengenalan cukai baharu – semua pihak masih perlu peka akan perluasan cukai yang akan dilaksanakan pada 2025 kelak sebagaimana yang telah digariskan pada Belanjawan 2025 baru-baru ini. Antaranya adalah perluasan SST – cukai jualan dan cukai perkhidmatan akan dijalankan pada 1 Mei 2025. Diikuti semakan duti eksais ke atas minuman manis pula mulai 1 Januari 2025 kelak.