Eco-Shop Marketing Bhd, penyedia barangan runcit dan kediaman mampu-milik kini didapati sedang meninjau potensi untuk melaksanakan penyenaraian pada pasaran utama Bursa Malaysia. Langkah itu secara langsung meningkatkan keupayaan kumpulan untuk meluaskan lagi jejak perkhidmatan di Malaysia, dengan pertambahan 70 cawangan baharu.
Setakat ini difahamkan syarikat yang disokong firma ekuiti swasta Creador Capital ini – telahpun memfailkan draf prospektusnya bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada minggu ini, di mana ia akan melibatkan terbitan 862.14 juta saham iaitu mewakili sehingga 15% daripada modal saham terbitannya.
Prospektus merujuk kepada kenyataan rasmi untuk perhatian umum yang memberikan butiran tentang tawaran saham
Menerusi pemfailan itu, Eco-Shop merancang menggunakan hasil IPO tersebut pada perluasan rangkaian cawangannya – terutamanya pada lokasi di luar bandar. Usaha ini akan meningkatkan akses perolehan barangan kediaman mampu-milik bersama pengguna tempatan yang lain.
Buat pengetahuan umum, ketika ini terdapat 320 cawangan Eco-Shop di pasaran Malaysia. Di mana data ini termasuklah 25 cawangan berkonsepkan Eco-Plus yang menawarkan jumlah unit dan segmen barangan lebih besar kepada pengguna negara.