Luno kini secara rasminya menjadi antara bursa aset digital terawal di dunia yang menawarkan fungsi Stake Ethereum (ETH) patuh syariah pada pasaran arena kripto global.
Pengiktirafan ini selakus menjadi pencapaian terbesar buat Luno dalam menjadikan kriptowang sebagai pelaburan alternatif buat para pelabur khususnya pengguna kalangan beragama Islam di rantau Asia Tenggara yang memiliki lebih dari suku juta pengguna.
Selain makluman itu, Luno turut mempelbagaikan usaha mereka dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan laksana usahasama bersama firma perundingan kewangan Islam antarabangsa Amanie Advisors yang juga merupakan firma penasihat syariah diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Menerusi lanjutan usaha ini, secara berperingkat ia akan membantu Luno untuk laksana semakan menyeluruh ke atas penawaran fungsi Stakee ETH pada sudut tuntutan syariah di pasaran.
Pada perkembangan itu, Luno turut optimis tidak sekadar menyediakan piawaian syariah ke atas Stake ETH sahaja, terdapat rancangan untuk perluaskan inisiatif ini bersama perkhidmatan dan kriptowang yang lain di masa hadapan. Sama-sama kita nantikan!