Luno, bursa aset digital Malaysia kini telah berjaya meraih penyertaan lebih 1 juta pengguna negara dengan rekod muat turun aplikasi 3.6 juta pada pasaran semasa. Menerusi pencapaian ini ia sekaligus memperlihatkan arena kripto di negara semakin membangun dan mengukuh.
Apa yang menarik, pada perkembangan yang dikongsikan dalam sesi Luno Insight 2024 hari ini, Luno telah merekodkan peningkatan sebanyak 32% pada jumlah urusniaga sejak tahun 2023 – di mana sekaligus menjadikan jumlah urusniaga tersebut meningkat dengan nilai lebihi RM87 bilion.
Prestasi ini sekaligus menandakan paras keyakinan pengguna akan perolehan aset kripto dilihat semakin membrangsangkan.
Berdasarkan perkongsian data ini juga, secara menyeluruh Bitcoin (BTC) terus menjadi aset yang paling popular dalam kalangan pengguna Luno – diikuti Ripple (XRP), Solana (SOL) dan Ethereum (ETH).