Artikel

Jepun Mahu Guna AI – Atasi Isu Cetak Rompak Anime, Manga Yang Libatkan Kerugian Bilion Dolar

Selain meningkatkan kecekapan dalam sesebuah perkhidmatan, kecerdasan buatan (AI) juga dilihat berupaya membantu mengekang isu cetak rompak. Ya, itulah yang sedang dirancang Jepun – dengan menggunakan AI, pihaknya ingin mengawasi platform cetak rompak anime dan manga yang membawa kerugian mencecah bilion dolar pada negara setiap tahun.

Perancangan di bawah pelan rintis ini menurut laporan AFP akan dikendalikan oleh agensi kebudayaan Tokyo. Di mana AI akan menelusuri lama web untuk mencari portal yang menciplak buku manga dan karya anime, menggunakan sistem pengesanan imej dan teks.

Menerusi langkah, ia tidak sekadar membantu sektor animasi Jepun tetapi turut menamatkan kandungan cetak rompak pada pasaran semasa.

Buat pengetahuan umum, setakat 2022 sahaja – Jepun berjaya meraih 4.7 trilion yen iaitu $30 billion hasil sumbangan sektor permainan, anime serta mangsa dari pasaran luar negara. Pencapaian ini hampir menyamai nilai eksport cip mikro sekitar 5.7 trilion yen mengikut data kerajaan Jepun.