Selepas melalui proses 12 hari perbahasan serta penggulungan di peringkat jawatankuasa, bersama sokongan majoriti Ahli Parlimen – hari ini sidang Dewan Rakyat telah mencapai kesepakatan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025.
Keputusan ini antaranya perlihatkan persetujuan akan peruntukan yang besar yang dirangka bagi hala tuju ekonomi negara pada 2025.
Lebih menarik ia menjadi rekod yang tertinggi dalam sejarah belanjawan negara iaitu melibatkan peruntukan RM421 bilion.
Menerusi angka ini, tumpuan pembangunan negara akan meluas kepada sasaran seperti kemasukan pelaburan yang lebih tinggi, perluasan percukaian ke atas barangan serta khidmat premium, diikuti perluasan akses perniagaan serta kebajikan rakyat negara.