Memahami ramai pengguna negara akan memanfaatkan cuti hari perayaan Krismas tidak lama lagi, kerajaan kini memaklumkan akan melanjutkan pemberian subsidi inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum RM499 pada musim perayaan daripada 3 hari kepada 4 hari.
Ini bermakna subsidi kadar tambang maksimum ini akan dilaksanakan pada tempoh 4 hari sebelum hari perayaan dilaksanakan bersama syarikat penerbangan di pasaran. Akses ini akan memberi kelebihan bagi penerbangan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Lebih menarik, inisiatif itu juga terpakai bagi perayaan lain pada tahun 2025 kelak.
Seperti biasa, harga tiket penerbangan akan berbeza-beza sepanjang tempoh perjalanan, dan sekiranya terdapat kenaikkan lebih daripada RM499, ia akan ditampung menerusi subsidi kerajaan untuk tempoh 4 hari menjelang sambutan Krismas.
Perkongsian yang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada acara kadar tambang tetap AirAsia ini bertujuan memberi kemudahan pada penawaran harga tambang yang lebih baik buat penumpang negara.
Secara menyeluruh lanjutan subsidi ini akan membawa kepada pertambahan perbelanjaan kerajaan, yang dijangka libatkan kos sekitar RM20 juta.