Artikel

Perjanjian Air Johor-Singapura Kekal – Tiada Keperluan Runding Semula Kadar Air Mentah

Sebarang perubahan berpotensi memberi kesan yang lebih tinggi ke atas kos kedua negara. Meneliti isu ini, Malaysia menjelaskan buat masa ini tiada rundingan semula dilakukan berhubung kadar air mentah melibatkan pembekalan ke Singapura di bawah Perjanjian Sungai Johor 1962.

Tindakan itu diperjelaskan pada sidang Parlimen, di mana ketika ini tiada keperluan akan langkah sedemikian.

Semua pihak ketahui berlandaskan perjanjian itu, Singapura diberi hak membeli air mentah dari Johor pada kadar tiga sen setiap 1,000 gelen. Sebagai pulangan, Singapura menjual semula air terawat kepada Johor dengan kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Namun ketika ini kadar kebergantungan Johor dilihat telah alami peningkatan dengan bergantung purata 16 juta gelen air terawat setiap hari, di mana melebihi 5 juta gelen yang ditetapkan sebelum ini.

Situasi itu sekaligus menjadikan Johor perlu menanggung kos tambahan kira-kira RM180,000 setahun. Peningkatan ini antara lain didorong kepesatan sektor perindustrian seperti pusat data dan semikonduktor di Johor.

Melihat pada persekitaran itu, dijangka matlamat Johor di bawah inisiatif Kebergantungan Sifar, dengan mensasarkan mencapai bekalan air mandiri menjelang 2030 kelak dilihat lebih sukar berikutan tuntutan permintaan sumber semasa dan masa hadapan. Agenda tersebut mengikut kementerian memerlukan lanjutan serta tindakan penelitian semula, bagi memastikan ia  direalisasi sejajar dengan pelan pembangunan Johor.