Artikel

Maybank Tawar Moratorium Buat Pengguna Mangsa Banjir

Isu bencana banjir tidak sekadar memberi kesan kepada kediaman individu tetapi turut melibatkan impak yang tinggi pada premis perniagaan. Memahami perihal itu, Maybank kini menawarkan Bantuan Kewangan Banjir kepada semua pengguna yang terkesan di seluruh Malaysia.

Penawaran ini untuk makluman meliputi penangguhan bayaran pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh bayaran balik.

Tidak hanya itu, Maybank turut memberi pengecualian yuran dan caj bagi perkhidmatan terpilih, seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak akibat banjir.

Sementara untuk pemegang polisi insurans dan takaful pula – Etiqa menyediakan proses tuntutan yang mudah tanpa memerlukan borang atau dokumen sokongan bagi tindakan susulan.

Maka untuk mengetahui perincian lanjut maklumat Bantuan Kewangan Banjir ini, semua pihak boleh layari laman maybank2u.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di saluran 1-300-88-6688.