Artikel

Capital A Untung RM1.64 Bilion – Perolehan Kembali Meningkat 17%

Setelah berdepan dengan beberapa cabaran dalam memulihkan semula operasi, bersama tindakan penstrukturan semula – prestasi Capital A kini memaparkan peningkatan apabila meraih keuntungan bersih RM1.64 bilion pada suku ketiga 2024.

Peningkatan ketara ini dilihat lebih membrangsangkan berbanding rekod kerugian bersih yang dicatatkan RM102.75 juta pada tahun 2023. Perkembangan prestasi ini antaranya didorong hasil pemulihan permintaan perjalanan udara diperingkat domestik serta antarabanga. Melihat pada pertumbuhan tersebut ia turut melonjakkan perolehan kumpulan 17% kepada RM4.93 bilion.

Sebagai perincian, selain penerbangan segmen seperti digital, logistik turut menyumbang 15% kepada perkembangan prestasi bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September lalu.