Artikel

Tokoh Perniagaan, Ananda Krishnan Meninggal Dunia Di Usia 86 Tahun

T Ananda Krishnan, hartawan tempatan kelahiran Brickfields, Kuala Lumpur yang telah membawa pelbagai sumbangan pada pembangunan, pelaburan dan dunia korporat di Malaysia – kini dimaklumkan telah meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Sumbangannya untuk makluman meliputi penyertaannya pada dunia korporat seperti Maxis, Astro Malaysia serta Bumi Armada. Tidak hanya itu, mendiang juga menjadi antara pihak yang melancarkan MEASAT iaitu perintis industri satelit di Malaysia.

Selain arena perniagaan, graduan Sarhana Pentadbiran Perniagaan Harvard ini juga turut menyumbang pada sektor pendidikan, sukan, seni serta inisiatif kemanusiaan tempatan menerusi gerakan dana di bawah Yayasan Ananda Krishnan.