Artikel

CIMB Maklum Sistem MyDebit Akan Tergendala Buat Seketika – Pada 7 Disember Dan 14 Disember Ini 

Para pemegang Kad Debit CIMB kini dimaklumkan untuk bersedia akan sebarang kesulitan transaksi – ini kerana Sistem MyDebit akan tergendala buat seketika pada tarikh 7 Disember dan 14 Disember kelak.

Gangguan pada dua tarikh tersebut akan melibatkan waktu bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 8 pagi.

Ini bermakna, sebarang transaksi pada tempoh tersebut akan terjejas, dan diminta semua pelanggan peka akan gangguan yang akan berlaku pada sistem MyDebit ini.

Susulan itu, para pemegang kad debit CIMB diminta mencari saluran pembayaran yang lain untuk laksana sebarang transaksi pada tempoh berlakunya proses penyelenggaraan. Sebarang makluman lanjut, boleh layari laman rasmi CIMB untuk perincian seterusnya.