Artikel

Malaysia Menambah 2 Agensi Pelaporan Kredit Baharu – Kini Terdapat 10 APK Yang Berdaftar

Malaysia kini memiliki sejumlah 10 Agensi Pelaporan Kredit yang didaftarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) pada pasaran semasa. Jumlah itu memperlihatkan kemasukan dua agensi baharu yang melibatkan penyertaan MYDATA Informatica (MISB) dan One Future Solutions (OFS).

Penambahan ini menurut MOF adalah sebahagian matlamat pentadbiran untuk perkukuhkan ekosistem pelaporan kredit negara. Sekaligus akan meningkatkan kecekapan yang memberi manfaat kepada institusi kewangan serta pengguna negara.

Dimaklumkan kedua syarikat akan mengalas peranan penting dalam pelbagai inisiatif yang akan dikongsikan dalam tempoh terdekat dan akan memenuhi peranan kewangan di bawah peruntukan Akta 710, yang berpotensi memberi nilai tambah kepada sektor kewangan negara.