Artikel

TNG eWallet, Principal – Kini Bolehkan Pengguna Tambah Simpanan Pencen Melalui PRS Pada Aplikasi

Pengguna Touch ‘n Go eWallet kini boleh meraih akses Skim Persaraan Swasta (PRS) menerusi kerjasama Principal Asset Management pada aplikasi TNG. Menerusi akses tersebut ia secara langsung memudahkan pengguna untuk merancang simpanan hari tua di masa hadapan. 

Mengikut penawaran yang dilancarkan, pengguna boleh memilih antara dana patuh syariah dan konvensional bersama penyertaan simpanan serendah RM100.

Lebih menarik, selain meningkatkan kapasiti simpanan pengguna – pendekatan akses turut membantu pengguna meluaskan jejak pelaburan mereka. Malah pengguna jugaboleh menikmati pelepasan cukai sehingga RM3,000, menggalakkan penyertaan jangka panjang. Sebagai insentif tambahan, pelaburan sebanyak RM100 atau lebih yang dibuat sebelum 31 Disember 2024 akan layak mendapat ganjaran sehingga 8% setahun selama 30 hari.

Secara menyeluruh, TNG optimis akses berupaya meningkatkan lagi kelebihan khidmat kewangan bersama lebih 22 juta pengguna TNG eWallet untuk merancang secara aktif untuk persaraan yang selesa. 

Skim Persaraan Swasta (PRS) ialah skim simpanan dan pelaburan sukarela jangka panjang yang disediakan untuk penjimatan persaraan yang lebih banyak. PRS membantu meningkatkan pilihan sedia ada bagi rakyat Malaysia sama ada bermajikan atau bekerja sendiri, bagi menyalurkan simpanan persaraan menggunakan struktur pembayaran yang terkawal.