Artikel

Selangor Bercadang Larang Guna Beg Plastik, Pada Setiap Jumaat Hingga Ahad – Mulai 2025

Selangor menjadi antara negeri yang keterdepan dalam mengurangkan penggunaan beg plastik di pasaran. Terbaharu, kini kementerian negeri memaklumkan usul untuk melaksanakan larangan penggunaan beg plastik di mana-mana premis perniagaan di negeri tersebut pada setiap Jumaat sehingga Ahad – bermula tahun hadapan, 2025.

Perlaksanaan itu menurut exco Kesihatan Awam Negeri sedang diteliti dan sebuah inisiatif akan dikuatkuasakan bagi memperincikan punca kuasa yang akan menjalankannya.

Setakat ini pelbagai inisiatif kesedaran akan kesan penggunaan beg plastik telah diperluaskan dan untuk makluman umum, Selangor telahpun melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik sejak 2010 lagi. Di mana inisiatif tersebut telah mendapat sokongan pasaraya besar, pasaraya kecil dan premis perniagaan dengan menyekat penggunaan beg plastik pada hari Sabtu.

Selain meneliti cadangan akan larangan tersebut, sebelum ini terdapat juga pertimbangan akan kenaikan caj beg plastik. Berdasarkan rekos antara 2020 sehingga 2023, Selangor telah berjaya mengutip RM38 juta hasil pengenaan caj beg plastik RM0.20 sen pada pasaran mereka. Hasil kutipan tersebut direkodkan bagi penggunaan usaha kelestarian negeri membabitkan pemasangan lampu solar, projek komuniti, dan aktiviti alam sekitar.