Artikel

Ekonomi Digital Malaysia Naik, Disasar Capai $31 Bilion Pada Tahun Ini – Lepasi Sasaran 2025

Pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dilihat terus alami perkembangan yang positif apabila pretasi tahun ini berupaya mencapai $31 billion. Persekitaran ini didorong hasil tarikan pelaburan teknologi antaranya pembangunan pusat data serta infrastruktur kecerdasan buatan (AI).

Data perkongsian yang dikumpulkan laporan e-Conomy SEA Google bersama Temasek dan Bain & Company 2024 ini secara langsung menunjukkan berlakunya peningkatan 16% prestasi berbanding tahun lalu.

Selain perluasan pelaburan teknologi, pertumbuhan positif merentasi pelbagai sektor digital turut dilihat semakin meningkat. Ia merangkumi pertumbuhan e-dagang negara kini sekitar $16 bilion. Buat pengetahuan umum, e-dagang terus menjadi pemacu utama dalam arena ekonomi digital negara. Berlandaskan angka itu platform e-dagang telah meningkat sekitar 17%, di ikiyi segmen penghantaran makanan dan pengangkutan pula melonjak 10% kepada $4 bilion susulan meraih pemulihan pada permintaan semasa.

Malah perluasan akses kewangan digital di Malaysia juga turut perlihat perkembangan yang ketara. Ini disokong hasil penyertaan beberapa bank digital di pasaran, yang secara tidak langsung meluaskan lagi akses kewangan khususnya ke atas kumpulan pekerja rencam. Ketika ini perkhidmatan kewangan digital (DFS) telah berkembang dengan pantas dan dijangka mencapai $174 bilion dengan peningkatan 5% pada 2024 berbanding 2023.

Prestasi ini secara menyeluruh memcerminkan pertumbuhan ekonomi Malaysia baik dari aspek domestik dan serantau dilihat mengalami perkembangan yang positif. Berdasarkan pengamatan itu, Google optimis dalam tempoh 6 tahun lagi – menjelang 2030, Malaysia berupaya mencapai pertumbuhan ekonomi digital sekitar $45 bilion sehingga $70 bilion.