Artikel

BoostMyMoney Kini Membolehkan Pengguna Labur Dana Unit Amanah Yang Patuh Syariah – Serendah RM1

Dengan tema Sikit-Sikit Jadi Bukit menerusi kolaborasi UOB Asset Management (Malaysia), pengguna Boost kini boleh mendapat manfaat melalui medium pelaburan BoostMyMoney dengan menyertai dana unit amanah menerusi aplikasi dompet digital Boost.

Bukan sahaja mematuhi prinsip syariah, BoostMyMoney turut menawarkan langkah penyertaan pelaburan yang mudah dengan hanya mulakan pelaburan serendah RM1, di mana platform ini juga memberi fleksibiliti buat para pengguna tanpa tempoh berkunci untuk mengakses wang pelaburan pada bila-bila masa.

Penawaran BoostMyMoney ini dilihat menjadi di antara yang pertama menyediakan pengalaman ganjaran ketika melabur. Para pengguna yang terlibat berpeluang menerima mata ganjaran bagi setiap nilai ringgit yang dilaburkan yang boleh ditebus untuk penjimatan tambahan di bawah Program Kesetiaan BoostUP.

Menurut Ungku Liza, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life dengan adanya ciri ini ia secara langsung bertepatan dengan matlamat kumpulan untuk menerajui Embedded Banking dalam mendemokrasikan pelaburan dengan menjadikannya pelaburan mampu milik, lebih mudah, senang diakses, dan memberi ganjaran untuk semua pengguna. Usaha ini turut memberi galakkan kepada anak muda dalam merancang pelaburan yang lebih konsisten.

Dengan BoostMyMoney, pengalaman pengurusan dana bersama UOBAM juga dapat menggalakkan rakyat Malaysia yang peka dengan kemudahan teknologi, terutamanya golongan muda tidak cenderung mengambil risiko untuk menambahkan simpanan mereka. BoostMyMoney menawarkan pulangan sehingga 3.82% p.a. – kadar pulangan ini untuk makluman akan mengalami perubahan mengikut data semasa dan keadaan pasaran negara.

Bertepatan dengan tinjauan yang berjaya dikumpul mengikut Kajian Sentimen Pengguna UOB 2024, di mana sekitar 48% pengguna negara cenderung memilih aplikasi perbankan sebagai pilihan pengurusan dana mereka, dengan 54% adalah mewakili Generasi Z pada pilihan tersebut. Bukan hanya kerana aplikasi dilihat lebih mudah, sekitar 60% pengguna negara juga turut mendapati menggunakan aplikasi kewangan sebagai pilihan susulan memiliki lebih banyak tawaran khas. Kriteria tersebut turut menjadi tarikan pengguna semasa akan pulangan ke atas mereka pada pengurusan dana. 

Mengakui perihal yang sama, Lim Suet Ling, Ketua Pegawai Eksekutif UOBAM Malaysia melihat peranan ciri ini pada dompet digital Boost akan memudahkan langkah pembinaan kekayaan dalam mencapai impian kewangan di kalangan pengguna digital negara dan membantu kumpulan pengguna yang sering dinafikan hak pelaburan mereka. Menerusi komitmen ini bersama piawaian patuh syariah, UOBM menjangkakan medium ini berpotensi menghasilkan portfolio yang kukuh bagi jangka masa panjang buat pelabur negara.

Tawaran ciri ini turut melaksanakan proses tapisan yang teliti untuk mengecualikan segmen yang dianggap tidak bersesuaian, berisiko kepada masyarakat, atau yang tidak mematuhi amalan perniagaan patuh Syariah.

Selain penawaran ini, kolaborasi kedua pihak turut melibatkan insiatif di masa hadapan kelak, dengan menjangkakan lebih banyak produk pelaburan berinovasi dapat disertakan pada aplikasi dompet digital Boost. Menerusi usaha ini, ia akan menggalakkan lagi keinginan menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia secara berperingkat.

Berbalik kepada BoostMyMoney, untuk mulai melabur pengguna Boost kini boleh mengaktifkan BoostMyMoney secara terus pada dompet digital anda dan melengkapkan proses pendaftaran mudah, ini termasuklah pengesahan e-KYC serta persediaan akaun.

Setelah diaktifkan, pengguna boleh menjejaki pendapatan dan sejarah transaksi akaun dalam aplikasi serta mempunyai fleksibiliti untuk mengeluarkan dana sama ada ke Boost eWallet atau akaun perbankan dalam talian yang disahkan. Secara menyeluruh medium ini berupaya menjadi solusi pelaburan berkesan untuk pengguna Malaysia, terutamanya anak-anak muda yang mempunyai peruntukan terhad, kurang cenderung mengambil risiko pelaburan, dan menjana pulangan yang berpotensi lebih tinggi. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan ciri BoostMyMoney, para pembaca boleh layari laman rasmi BoostMyMoney atau muat turun aplikasi Boost bagi tindakan rujukan segera.

Penafian: Advertorial Dari Boost