Artikel

LHDN: Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah Wajib Dikemuka Melalui Portal MyTax – Bermula 1 Januari 2025

Mulai tahun hadapan, langkah mengemukakan Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) adalah diwajibkan menggunakan saluran secara elektronik iaitu melalui e-CKHT pada portal MyTax.

Tindakan mandatori ini menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah sejajar dengan sasaran LHDN untuk memanfaatkan sistem perkhidmatan cukai secara digital. Dengan pelaksanaan tersebut, peguam bertauliah dan ejen cukai berlesen yang dilantik, adalah dibenarkan untuk mengakses e-CKHT pembayar cukai melalui dua medium. Iaitu sistem TaeF dan Peranan Peguam di portal MyTax.

Sekiranya terdapat persoalan berhubung pelaksanaan ini, semua pembayar cukai terlibat boleh merujuk pada khidmat pelanggan LHDN atau bahagian maklum-balas di portal rasmi LHDN.