Kesan tekanan kos pada operasi perkhidmatan, kini memperlihatkan feri di Pulau Pinang berdepan kerugian tahunan sekitar RM14 juta. Cabaran itu turut didorong hasil kutipan tiket yang lebih rendah dalam perkhidmatan.
Perkongsian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini memperincikan jumlah kutipan tiket perkhidmatan feri tersebut hapat berupaya menampung sekitar 35% daripada kos perbelanjaan operasi feri.
Sepanjang operasi 10 bulan ini, didapati seramai 1.76 juta penumpang adalah pejalan kaki, diikuti 615,879 pula kenderaan dua roda telah menggunakan perkhidmatan feri di Pulau Pinang.
Tidak hanya itu, kos minyak diesel yang tinggi turut memberi kesan kepada kapasiti modal operasi perkhidmatan. Di mana perkhidmatan feri peru membayar harga diesel mengikut harga pasaran dan ketiadaan subsidi minyak diesel bagi perkhidmatan feri telah menjejaskan pelan perbelanjaan kumpulan.
Selain tekanan tersebut, setiap feri memerlukan sekitar lebih RM2 juta setahun bagi menampung kos pemeriksaan tahunan, penyelenggaraan keselamatan serta bayaran kos insurans. Keperluan itu dilihat turut melebarkan tahap kerugian operasi feri di Pulau Pinang.