Bertepatan dengan matlamat Malaysia untuk menoktahkan kategori miskin tegar dalam kumpulan masyarakat – kini dimaklumkan jumlah tersebut telah mengalami penurunan. Setakat akhir Oktober terdapat seramai 7,308 Ketua Isi Rumah (KIR) di Malaysia adalah dalam kategori miskin tegar.
Berdasarkan jumlah tersebut, ia diikuti 25,144 orang pula adalah ahli isi rumah (AIR) yang membawa kepada jumlah keseluruhan seramai 32,452 orang.
Menurut rekod di bawah Wilayah Persekutuan – Jabatan Perdana Menteri, setakat ini Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya mencatatkan sifar miskin tegar. Sementara Perlis, Labuan, Perak, Terengganu, Pahang, dan Selangor dilihat berupaya ke arah sifar miskin tegar dalam tempoh terdekat.
Manakala Pulau Pinang, Sarawak dan Kedah pula dilihat masih memiliki jumlah AIR yang tinggi. Ini perincian data dikongsikan: