Bermula tahun hadapan, syarikat penerbangan dari negara ASEAN, berpotensi meraih hak untuk melaksanakan persinggahan di semua destinasi rantau ini.
Hak itu menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) pada sidang Menteri Pengangkutan ASEAN ke-30 hari ini – akan diperolehi setelah persetujuan di bawah perjanjian Protokol 5 berhubung hak persinggahan antara negara ASEAN dicapai.
Adanya kelebihan hak tersebut, ia dijangka dapat menambahbaik perkhidmatan penerbangan negara bagi lokasi antara ASEAN dan meluaskan fleksibiliti operasi penyedia penerbangan di masa hadapan. Setakat ini inisiatif kesepakatan itu masih di peringkat penelitian, yang mana difahamkan Myanmar dan Indonesia belum menandatanginya.
Sebagai perbandingan, sebelum ini pengendali syarikat penerbangan ASEAN hanya boleh pergi ke satu destinasi tertentu sahaja dan setelah itu perlu kembali ke titik asal penerbangan mereka. Namun dengan hak persinggahan ini, penerbangan terlibat boleh meneruskan perjalanan khidmat mereka ke destinasi ASEAN yang seterusnya.