Artikel

Luno Perkenalkan Luno Bundles – Mudahkan Pengguna Pantau, Urus Himpunan Portfolio Mata Wang Kripto

Luno kini melancarkan ciri Luno Bundles, yang dilihat memudahkan pemantauan dan pengurusan portfolio kepelbagaian mata wang kripto dilaksana para pengguna.

Menerusi kerjasama dengan CoinDesk Indices ini, ciri tersebut akan merangkumi lima sehingga 10 mata wang kripto dengan prestasi tertinggi mengikut kapital pasaran.

Fungsi itu akan membantu mengurangkan halangan untuk kumpulan yang berminat dalam pelaburan mata wang kripto. Di mana pendekatannya yang didasari data semasa akan membantu pelabur baharu berhubung dinamik pasaran secara menyeluruh.

Bersama akses itu, pengguna tidak sekadar boleh mengakses pengurusan portfolio mereka pada aplikasi tetapi turut boleh dilaksanakan di laman web Luno. Dengan perolehi pilihan menambah atau mengeluarkan aset pada bila-bila masa, pengguna juga boleh memantau prestasi kriptowang secara masa-nyata.