Setakat November ini, memperlihat terdapat sekitar 88.5 juta e-Invois telah berjaya dikeluarkan dengan melibatkan penyertaan sebanyak 7,974 pembayar cukai.
Data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) ini memperincikan tindak balas positif itu tidak sekadar hasil daripada penyertaan pembayar cukai untuk fasa pertama tetapi turut memperlihatkan penyertaan dari kumpulan pembayar cukai fasa kedua dan fasa ketiga.
Yang mana lebih 5,000 pembayar cukai adalah kalangan pembayar cukai fasa pertama namun sekitar 2,000 pembayar cukai fasa kedua yang sepatutnya bermula pada Januari 2025 kelak direkodkan telahpun menyertai inisiatif ini dengan lebih awal.
Sambutan sedemikian secara langsung menunjukkan keterbukaan pembayar cukai dan syarikat negara adalah tinggi dan baik akan sistem pendigitalan percukaian ini.

Secara menyeluruh, semua pembayar cukai akan turut menyertai pelaksanaan sistem e-Invois ini di mana fasa kedua pada 1 Januari 2025 dan fasa menyeluruh akan bermula sekitar 1 Julai 2025.