Artikel

ShopeePay Maklum Pengguna Lengkapkan eKYC Akan Raih Peningkatan Had Dompet – Bermula 4 Disember

Shopee Malaysia hari ini mengesahkan akses ShopeePay akan menyediakan peningkatan had dompet kepada semua pengguna – sekiranya mereka melengkapkan pengesahan akaun menerusi eKYC (Know Your Customer, Kenali Pelanggan Anda) bermula 4 Disember ini.

Setelah melengkapkan proses eKYC, akses ShopeePay pengguna akan dinaiktaraf kepada Akaun Premium yang membolehkan mereka menikmati had masikum dompet digital baharu sehingga RM9,999.

Buat pengetahuan umum, ketika ini had maksimum dompet ShopeePay adalah sekitar RM4,999. Menerusi saranan melengkapkan eKYC ini ia tidak sekadar memberi akses tambahan kepada kuasa beli pengguna tetapi turut membantu pengguna meningkatkan tahap keselamatan perkhidmatan dan bersedia akan sebarang perubahan naik-taraf khidmat Shopee di masa hadapan.