Artikel

Aplikasi GO by Bank Islam Dijangka Akan Ditamatkan Sepenuhnya, Menjelang November 2025

Pada pengenalan aplikasi perbankan baharu Bank Islam, BIMB Mobile hari ini – secara rasminya menuntut peralihan pengguna Bank Islam daripada aplikasi GO by Bank Islam kepada BIMB secara berperingkat.

Menurut perkongsian Bank Islam, tindakan itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijamin tidak menganggu urusan transaksi pengguna pada tempoh peralihan berlangsung. Sekiranya proses berjalan dengan lancar, Bank Islam menjangkakan platform aplikasi GO bersama web perbankannya akan ditamatkan sepenuhnya menjelang November 2025.

Buat pengetahuan, ketika ini lebih 1.9 juta pelanggan aktif aplikasi GO telah meraih pelbagai manfaat perkhidmatan. Menerusi komitemn itu, setakat Oktober 2024,Bank Islam secara menyeluruh telah mencatatkan sejumlah 5.9 bilion transaksi secara atas talian termasuklah 3.5 bilion daripadanya disempurnakan menerusi web perbankan semasa (www.bankislam.biz).

Susulan itu, untuk kemudahan pengguna – semua pihak kini boleh memuat turun aplikasi melalui AppStore, PlayStore atau Huawei AppGallery bagi meraih pengalaman perbankan baharu bersama BIMB.