Artikel

PayNet, AWS Rai 50 Pelajar Program Akar – Perolehi Kemahiran Digital Setara Keperluan Industri Global

Payments Network Malaysia (PayNet), dengan kerjasama Amazon Web Services (AWS), hari ini meraikan kohort pertama Program Akar yang dikuasakan AWS re/Start, sebuah inisiatif pertama industri bertujuan untuk melengkapkan pemimpin masa hadapan bersama kemahiran awam yang diiktiraf di peringkat global untuk Industri Perkhidmatan Kewangan (FSI) Malaysia.

Seramai 50 pelajar pada aturan program rintis ini berjaya meraih kemahiran dengan Pensijilan AWS Cloud Practitioner. Aturan itu berjaya direalisasikan dengan sokongan rakan pelaksana seperti World Education Placement Services (WEPS), Asia Pacific University of Tech and Innovation (APU) serta institusi kewangan negara meliputi PayNet, Bank Negara Malaysia (BNM), Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank, GHL, dan Bank Islam.

Menerusi kebersamaan itu, ia membolehkan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diraih mereka pada keperluan pasaran semasa. Usaha ini secara langsung menyokong pembangunan pelajar tidak sekadar kemahiran teknikal bahkan kemahiran pimpinan.

Secara menyeluruh AWS re/Start telahpun beroperasi di lebih daripada 180 bandar di 60 negara – yang menghubungkan lebih 98% graduan pada peluang pekerjaan di pasaran. Buat pengetahuan umum, di Malaysia sahaja AWS telah melatih lebih 100,000 individu dalam kemahiran awanan sejak 2017. Maka dengan inisiatif Program Akar ini, ia akan menggandakan lagi bakat digital tempatan secara berkala.

Pada lanjutan Program Akar, dimaklumkan pelaksanaan kohort seterusnya akan dijalankan pada suku pertama 2025 kelak, setelah sesi kohort semasa menamatkan pengajian mereka.