Memasuki fasa baharu dalam meningkatkan kecekapan sistem pembayaran segera (IPS) bagi meluaskan jejak transaksi rentas sempadan di peringkat global antaranya libatkan DuitNow – Bank Negara Malaysia (BNM) kini menjangkakan pelaksanaan Projek Nexus tersebut, secara menyeluruhnya dapat diselesaiakan menjelang 2027 kelak.
Pelaksanaan projek ini bersama Bank for International Settlements (BIS) dan 4 bank pusat yang lain telahpun dimulakan dan melalui 3 fasa penelitian. Di mana pada fasa keempat ini, fokus akan tertumpu kepada aspek kelancaran transaksi rentas sempadan dalam pasaran semasa.
Melalui Projek Nexus, selain menambahbaik perluasan rangkaian DuitNow – keutamaan pada tahun ini turut tertumpu pada pembangunan Nexus Scheme Owner (NSO) di Singapura yang bertindak menguruskan sistem dan membangunkan penyelesaian teknologi Nexus di pasaran kelak.
Adanya kemajuan tersebut ia dilihat tidak sekadar memanfaatkan negara ASEAN seperti Singapura, Thailand, Filipina dan India tetapi turut membuka laluan kepada ketersambungan pembayaran global yang lebih meluas.