Artikel

TNG eWallet: Mulai 20 Disember – Semua Pengguna Wajib Sahkan Identiti Menerusi eKYC

Sepertimana yang dimaklumkan pada awal tahun ini – TNG eWallet kini mengumumkan bermula 20 Disember 2024 kelak, semua pengguna wajib laksana pengesahan akaun menerusi proses eKYC (Know Your Customer, Kenali Pelanggan Anda).

Menerusi aturan melengkapkan proses eKYC, ia berpotensi meningkatkan perlindungan sekuriti ke atas pengguna dalam mengurangkan risiko penipuan serta tindakan kebenaran dalam mengakses akaun TNG eWallet mereka.

Lebih menarik dengan eKYC juga ia memperluaskan kelayakan pengguna, membuka kunci akses kepada ciri dan produk tambahan. Ini termasuklah saiz dompet digital yang lebih besar dapat disediakan. Pendekatan proaktif ini secara menyeluruh bukan sahaja melindungi pengguna tetapi turut menyumbang kepada landskap kewangan digital yang lebih selamat dan berdaya tahan.

Tidak hanya itu, keperluan eKYC ini juga dilihat bertepatan susulan selari dengan keperluan pengawalseliaan di bawah garis panduan Bank Negara Malaysia melibatkan Anti Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT).