Artikel

620,000 Individu Dalam 10 Sektor Utama Berisiko Hilang Pekerjaan, Jika Tidak Tingkatkan Kemahiran – TalentCorp

Bertepatan dengan perkembangan ekonomi digital semasa, situasi yang sama diperlukan ke atas pekerja negara iaitu meningkatkan kemahiran mereka mengikut keperluan pasaran. Tahukah anda, sehingga 5 tahun mendatang didapati sekitar 620,000 individu dalam 10 sektor utama di pasaran berisiko kehilangan pekerjaan jika mereka tidak menambahbaik bakat kemahiran semasa.

Risiko ini menurut kajian Impak AI, Digital dan Ekonomi Hijau ke Atas Tenaga Kerja Malaysia oleh TalentCorp adalah kesan daripada perkembangan penerapan teknologi pada pasaran pekerjaan. Ia secara langsung meningkatkan kecekapan dan produktiviti sebilangan sektor.

Antara sektor utama yang terlibat:

  • Aeroangkasa
  • Kimia
  • Elektrik dan Elektronik
  • Tenaga dan Kuasa
  • Pembuatan dan Perkhidmatan Makanan
  • Perniagaan global
  • Teknologi
  • Peranti Perubatan
  • Farmaseutikal
  • Borong dan Runcit

Selain sokongan tersebut, majikan juga dilihat memiliki lebih banyak pilihan dan sasaran dalam menggaji pekerja berlandaskan kemahiran khusus sahaja. Situasi ini akan memberi kelebihan kepada produktiviti operasi syarikat.

Maka keperluan menambahnilai bakat semasa adalah penting untuk memastikan kumpulan pekerja negara terus relevan pada permintaan pasaran. Semua pihak perlu sedar kemasukan teknologi baharu secara langsung memberi potensi akan berlakunya penggantian pekerjaan namun menerusi pengenalan teknologi tersebut ia juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan baharu pada pasaran negara.