Artikel

Tempoh Praktikal Pelajar Universiti Kini Diteliti, Berpotensi Dilanjutkan – KPT, KESUMA

Dalam usaha menghasilkan graduan yang berkualiti serta lebih bersedia pada keperluan pasaran pekerjaan negara – tempoh latihan amali mahupun praktikal kini dimaklumkan sedang diteliti dan berpotensi dilanjutkan.

Aturan tersebut kini sedang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan negara.

Berlandaskan perkongsian yang dilakukan pada sidang Parlimen, usaha itu akan membantu pelajar praktikal lebih memahami akan tugasan mereka khususnya melibatkan bidang kemahiran teknikal. Setakat ini, didapati 40% pelajar praktikal di pasaran negara telah berjaya mendapat peluang pekerjaan di tempat latihan amali yang sama.