Seiring dengan fungsi e-dagang yang memainkan peranan besar dalam mempengaruhi tabiat berbelanja pengguna semasa – Shopee dan SeaMoney kini secara rasminya memaklumkan penyertaan mereka pada Financial Industry Collective Outreach (FINCO) bersama Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) dalam merealisasikan inisiatif Program Latihan Jurulatih KPM yang akan dilaksanakan pada 2025.
Pada inisiatif tersebut, disasar lebih 10,000 guru sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerima pendidikan kewangan berkualiti yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan mereka serta mendidik mereka berkaitan sumber kewangan yang sedia ada kepada rakyat Malaysia.
Menerusi penerapan pengetahuan kewangan yang lebih baik, ia secara langsung meningkatkan pemahaman pendidik negara dan selanjutnya dapat meluaskan pengetahuan tersebut bersama belia negara.
Secara menyeluruh ketika ini sekitar 92% rakyat negara telah terlibat pada penggunaan khidmat kewangan digital pada pasaran semasa. Ia secara langsung menuntut pendedahan pendidikan kewangan yang lebih baik demi kesejahteraan tunai semua pihak.