Arena kewangan negara dilihat semakin meluas dengan kepelbagaian akses melibatkan saluran pembayaran digital serta tabiat berbelanja secara nirtunai (tanpa tunai) – berlandaskan perkembangan itu, secara puratanya setiap individu di Malaysia telah melakukan 405 transaksi e-pembayaran pada pasaran semasa.
Data yang dikongsikan Bank Negara Malaysia (BNM) pada sesi bengkel media Pembayaran Digital hari ini – secara langsungnya telah membawa kepada pencapaian matlamat negara untuk meraih 400 transaksi e-pembayaran sebelum tahun 2026.
Peningkatan ini antara lain telah dipacu hasil penyertaan institusi kewangan bukan bank yang kini mencapai sekitar 51 penyedia bagi kategori dompet digital di pasaran negara serta perluasan akses bank digital kepada pengguna Malaysia.