Artikel

Sarawak Akan Laksana Penilaian Khusus – Pelajar Tahun 6 Bermula 2025, Tingkatan 3 Pada 2028

Setelah meraih kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sarawak kini memaklumkan akan melaksanakan Penilaian Standard bagi murid Tahun 6 Program Dwi Bahasa (DLP) bermula tahun 2025 sementara pelajar Tingkatan 3 pula bermula tahun 2028.

Penilaian melibatkan kerjasama Cambridge University Press and Assessment ini bertujuan menilai kemajuan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di bawah program DLP Sarawak. Menerusi aturan itu, ia akan membawa kepada persediaan awal buat pelajar dalam membina kemahiran dan keyakinan mereka antaranya seperti peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Secara menyeluruh, usaha penilaian ini turut akan mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), institusi pengajian tinggi milik Sarawak dan sekolah swasta di Sarawak dalam membentuk instrumen penilaian terbabit.