Dalam suku ketiga 2024 ini, ternyata kediaman bernilai RM300,000 sehingga RM500,000 memperlihatkan jumlah unit rumah yang paling banyak tidak terjual dengan 7,003 unit (31.9%) pada pasaran negara. Jumlah ini untuk makluman melibatkan nilai RM2.78 bilion.
Selain kumpulan harga rumah tersebut, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) turut dapati unit rumah bernilai RM500,000 sehingga RM1 juta juga berdepan isu tidak terjual – apabila masih terdapat 6,462 unit (29.4%) tidak dijual dalam pasaran negara. Jumlah ini meliputi nilai sekitar RM4.3 bilion.
Selain taburan harga, kategori jenis kediaman pula memperlihatkan rumah jenis bertingkat menjadi unit paling banyak tidak terjual dengan melibatkan 13.455 unit (61.2%), diikuti kediaman jenis teres pula sebanyak 5,187 unit (23.6%) dan lain-lain pula 3,326 unit (15.1%).
Sementara mengikut pecahan negeri pula Kuala Lumpur menjadi lokasi miliki kediaman paling banyak tidak terjual dengan 3,273 unit, disusuli Perak (3,039 unit) dan Johor (3,030 unit).