Artikel

Terengganu Peruntuk RM1.88 Bilion – Bagi Belanjawan Negeri 2025

Setelah mengambilkira keperluan semasa, selari dengan tema mengutamakan masa hadapan – Terengganu hari ini mengumumkan jumlah peruntukan bagi Belanjawan Negeri 2025 adalah sekitar RM1.887 bilion.

Peruntukan yang diumumkan pada sidang bajet negeri hari ini merangkumi Perbelanjaan Mengurus termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM450 juta. Manakala hasil negeri pula dianggarkan sekitar RM1.997 bilion. Sebagai pecahan kerajaan negeri memaklumkan akan menyediakan sekitar RM385.79 juta untuk Sektor Sosial, Sektor Pentadbiran (RM44.28 juta) dan Sektor Ekonomi (RM19.93 juta).

Menerusi sasaran peruntukan sedemikian, ia dilihat lebih tinggi berbanding peruntukan yang disediakan pada tahun ini iaitu sekitar RM1.860 bilion.