Artikel

Setelah Lebih 100 Tahun Beroperasi – Sime Darby Kini Berwajah Baharu 

Sejajar dengan agenda untuk jadi antara peneraju dalam pasaran Asia Pasifik – Sime Darby kini melancarkan pembaharuan pada jenama dan logonya.

Dengan perubahan identiti kepada Sime, pihak operasi yang telah bertapak di pasaran lebih 100 tahun sejak 1910 ini – meletakkan pendekatan baharu itu bertujuan disesuaikan dengan perkembangan pasaran ekonomi semasa.

Buat pengetahuan umum, ketika ini Sime telah memiliki lebih 30,000 kakitangan meliputi 18 pasaran negara merentasi pelbagai segmen perniagaan mereka. Untuk fasa awal, identiti baharu jenama ini diperkenalkan pada peringkat am dan akan diperkenalkan secara beransur pada semua operasi dan rangkaian yang lain pada beberapa bulan mendatang.