Artikel

Penjawat Awam Selangor Terima Bantuan Khas Kewangan 2 Bulan Gaji – Pada Disember 2024, Mac 2025

Berikutan meraih prestasi ekonomi yang membrangsang serta sebagai tindakan penghargaan, Selangor memaklumkan penjawat awam negeri akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 2 bulan gaji.

Agihan bantuan tunai khas ini akan dilaksana secara dua peringkat – melibatkan pembayaran pada 30 Disember 2024 ini dan 25 Mac 2025 kelak sempena persediaan Aidilfitri.

Perkongsian yang dilaksanakan Menteri Besar Amiruddin Shari pada sidang bajet petang ini menyimpulkan – agihan ini ia akan memudahkan para penjawat negeri, tidak sekadar untuk mengatur perbelanjaan tunai tetapi turut meningkatkan kapasiti simpanan mereka dari semasa ke semasa.