Artikel

Rakyat Selangor Akan Raih Khidmat Ambulans Percuma Secara Berperingkat – Bermula 2025

Untuk memastikan kemudahan kesihatan dapat dicapai semua penduduk negeri tanpa menitikberatkan isu kos – Selangor pada sidang belanjawan negeri 2025 petang ini memaklumkan bermula tahun hadapan rakyat negara berupaya memanfaatkan khidmat ambulans secara percuma di bawah gagasan Kita Selangor.

Perkhidmatan ini menurut Menteri Besar Amiruddin Shari, akan dimulakan di 4 Majlis Bandaraya di Selangor sebelum dipanjangkan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain di seluruh Selangor.

Aturan rintis di 4 majlis bandaraya tersebut dijangka akan berlangsung selama 6 bulan sebelum diperluas secara berkala kepada penduduk negeri. Secara menyeluruh, usaha Ambulans Kita Selangor ini akan melibatkan peruntukan RM1 juta untuk kemudahan penduduk negeri.