Sidang pembentangan Belanjawan Selangor 2025 hari ini, memperlihatkan kerajaan negeri akan melanjutkan program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) kepada pelajar UNISEL dan UIS pada sesi 2025.
Untuk makluman jumlah peruntukan bagi program bantuan BAYU ini disediakan sekitar RM1.5 juta. Adanya pelepasan yuran asas sedemikian, ia membantu belia negara mendepani tekanan kos semasa khususnya buat kumpulan pelajar kalangan B40.
Tidak hanya peruntukan tersebut, kerajaan Selangor turut menyediakan peruntukan RM1 juta ke atas geran penyelidikan Negeri Selangor bagi memperkasakan lagi bakat inovasi penyelidikan negeri secara berkala.