Selangor terus meluaskan komitmen negeri dalam mengembangkan pembangunan negeri – apabila mengumumkan peruntukan lebih tinggi berjumlah RM3 bilion pada Belanjawan Negeri Selangor 2025. Angka ini ternyata lebih tinggi berbanding 2023 (RM2.45 bilion) dan 2024 (RM2.53 bilion).
Peruntukan ini secara jelas terus meningkat secara berkala meliputi Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan, iaitu :
- Perbelanjaan Mengurus – RM1.7 bilion
- Perbelanjaan Pembangunan – RM1.3 bilion
Usaha ini sekaligus akan membantu negeri terus menerajui sumbangan ekonomi buat Malaysia dan menyokong negara mengharungi konflik semasa yang dilihat terus beri tekanan kepada keseimbangan ekonomi.