Prestasi pertumbuhan negara bagi Julai sehingga September 2024 memperlihatkan perkembangan yang lebih perlahan apabila ekonomi Malaysia bagi tempoh tersebut mencatatkan 5.3% berbanding 5.9% pada suku kedua 2024.
Peningkatan ini antara lain didorong pertumbuhan yang baik oleh sektor Perkhidmatan (5.2%), diikuti Pembuatan (5.6%), Pertanian (3.9%), Perlombongan dan Pengkuarian (-3.9%) dan Pembinaan (17.3%).
Tidak hanya itu, aliran eksport negara juga turut berkembang dengan positif kepada 11.98% berikutan dipengaruhi prestasi eksport barangan dan perkhidmatan semasa. Termasuklah aliran import turut berkembang 13.5% didorong hasil permintaan import barangan pada pasaran negara.
Secara menyeluruh, prestasi suku ketiga tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lalu dan bagi tiga suku berturutan ia memberi cerminan ekonomi Malaysia ketika ini berkembang sebanyak 5.2%. Dan dijangka persembahan tersebut akan kekal disaksikan pada suku keempat kelak susulan disokong pertambahan aktiviti pelaburan oleh sebilangan sektor. Kesan status pasaran yang positif ini bersama peluang pekerjaan yang meningkat, ia secara langsung merancakkan lagi aliran perbelanjaan isi rumah di Malaysia.