Artikel

Ibu bapa Disenarai Hitam MARA, Tidak Layak Mohon Kemasukan Anak Ke MRSM

Mana-mana ibu bapa yang disenarai hitam susulan gagal melunaskan pinjaman selaku peminjam di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu ketahui – status tersebut tidak melayakkan mereka untuk memohon kemasukan anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, senarai hitam ini bagaimanapun adalah bersifat sementara dan boleh ditarik semula sekiranya kumpulan ibu bapa yang terlibat laksana langkah penyesuaian berhubung pinjaman yang tertunggak.

Senarai hitam ini akan dikenakan ke atas kumpulan peminjam yang tidak membayar pinjaman selama 3 bulan berturutan dan sekiranya pelunasan pinjaman dilaksanakan maka secara automatik status tersebut terbatal.

Umum perlu ketahui, selain memiliki keputusan cemerlang dan melepasi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), status ibu bapa dan penjaga tidak disenarai hitam oleh MARA juga adalah sebahagian kriteria yang digariskan oleh MRSM.