Beriringan dengan matlamat negara untuk tingkatkan kualiti udara semasa – Malaysia dimaklumkan akan mula melaksanakan penggunaan petrol Euro 5 pada September 2025.
Usaha ini dijangka akan mendorong indsutri automotif tempatan untuk perkasakan teknologi kenderaan khususnya libatkan kenderaan komersial dan industri berat. Di mana kenderaan yang memenuhi kriteria pelepasan Euro 5 akan beroperasi dengan lebih cekap dan kadar pelepasan asap yang lebih bersih dapat dicapai negara.
Tidak hanya itu, pelaksanaan ini dijangka dapat mencapai spesifikasi penuh pada 2027 selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Bahan Api Petrol dan Diesel) 2007, pada usaha mengurangkan pencemaran udara di Malaysia.
Perkongsian yang digariskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan dimaklumkan turut akan melibatkan kerjasama rapat bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) – untuk jaminan pelaksanaan yang lebih lancar di pasaran kelak.