Pertumbuhan ekonomi negara kini memaparkan prestasi yang membrangsangkan, selari dengan peningkatan pada jumlah penawaran pekerjaan setakat suku ketiga 2024. Pada tempoh tersebut, sejumlah 9.01 juta jawatan telah tersedia pada pasaran negara dengan 8.82 jawatan daripadanya telah disi.
Berdasarkan status tersebut, Jabatan Perangkaan (DOSM) mendapati 62.5% daripada jawatan yang diisi adalah mewakili kumpulan pekerja separuh mahir. Ia bersamaan dengan penyertaan 5.528 juta pekerja di pasaran negara. Diikuti kategori pekerja berkemahiran rendah pula adalah seramai 1.08 juta individu, manakala pekerja mahir pula seramai 2.2 juta individu.
Pertambahan pekerjaan ini untuk makluman, 51.8% daripadanya adalah dari sektor perkhidmatan, sementara pembuatan (27.8%), pembinaan (14.1%), pertanian (5.6%) dan perlombongan dan pengkuarian (0.9%).
Biarpun pertambahan peluang pekerjaan terus meningkat dalam pasaran negara – pentadbiran perlu sedari masih terdapat kekangan dalam menawarkan pekerjaan bersama tahap upah yang setimpal berdasarkan latarbelakang pendidikan graduan negara. Susulan ketika ini terdapat 1.95 juta pekerja di Malaysia yang berpendapatan tinggi tidak miliki kerjaya setara dengan kemahiran mereka.
Kumpulan ini telah memaparkan peningkatan 0.7% setakat September lalu, sekaligus menuntut strategi yang lebih terperinci akan tenaga kerja negara dari pentadbiran selain meningkatkan paras gaji minimum bersama insentif tunai secara berkala.