Ketika ini terdapat lebih 16 juta motosikal berdaftar di Malaysia. Menyedari peningkatan penggunaan motosikal di pasaran negara – Zurich Malaysia kini mula meluaskan kebolehcapaian dan pemilikan insurans, takaful dalam kalangan penunggang motosikal Malaysia bersama SeaMoney Capital menerusi platform e-dagang, Shopee Malaysia.
Kesepakatan digital ini dilihat akan meningkatkan lagi manfaat kepada penunggang motosikal di negara termasuklah kumpulan yang menggunakan kenderaan ini untuk tugasan pekerjaan selaku pekerja ekonomi gig.
Menerusi akses itu, para pengguna boleh memuat turun aplikasi Shopee dan klik pada bahagian profil diri dan pergi ke bahagian perkhidmatan kewangan Insurans. Pada tetapan tersebut, pengguna boleh memilih ikon insurans yang dikehendaki, di bawah perlindungan motosikal akan tersedia beberapa penawaran produk perlindungan. Dengan Zurich terdapat dua produk penawaran disertakan iaitu insurans Z-Rider dan Z-Rider Takaful bersama tambahan manfaat untuk kemudahan pengguna motosikal.
- Penggantian Topi Keledar
- Elaun Peril Khas
- Kos Tunda Kenderaan Dinaikkan
- Kos Tunda Kecemasan atau Kerosakan
- Perlindungan Kemalangan Diri
Secara menyeluruh selain menawarkan perolehan insurans, takaful dengan akses e-dagang sepantas 3 minit – penawaran faedah tambahan juga memberi kelebihan kepada pengguna motosikal sekiranya memanfaatkan akses ini. Maka untuk ketahui lanjut, pengguna boleh layari pautan Shopee-Zurich Malaysia atau muat turun aplikasi Shopee bagi akses yang lebih cepat.