Artikel

Kecederaan Pekerjaan Di Malaysia Masih Meningkat – Naik 13.8% Pada 2023

Berbanding tahun 2022, catatan kecederaan pekerjaan di Malaysia dilihat alami peningkatan kecil dengan kenaikan 13.8% kepada 38,950 kes pada tahun 2023. Data ini tidak sekadar memperincikan faktor kecederaan bahkan meliputi isu penyakit, keracunan, risiko pekerjaan pada industri dan negeri terlibat.

Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), peratusan itu ia jelas memperlihatkan kadar kecederaan pekerjaan bagi setiap 1,000 pekerja telah meningkat kepada 2.46 berbanding 2.26 (2022).

Sementara mengikut taburan demografi pula, kebanyakkan isu kecederaan pekerjaaan didepani pekerja lelaki berikutan kategori pekerjaan yang dilaksanakan. Di mana lebih daripada dua pertiga kes merujuk kepada pekerja lelaki (82.7%) dan wanita pula 17.3%. Bagi kecederaan pekerjaan maut pula merekodkan sebanyak 320 kes (98.1%) melibatkan pekerja lelaki dan 4 kes (1.1%) pula pekerja wanita.

Pada aspek kumpulan usia pula, secara amnya majoriti kes libatkan pekerja berusia bawah 45 tahun (70.7%) iaitu mewakili 27,537 kes. Namun kadar kecederaan pekerjaan tertinggi bagi setiap 1,000 pekerja dicatatkan oleh kumpulan berusia 60 hingga 64 tahun. Akan tetapi kadar kecederaan pekerjaan maut tertinggi pula disumbangkan oleh kumpulan berusia 20 hingga 24 tahun.

Selanjutnya berlandaskan taburan negeri pula – Selangor, Pulau Pinang, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, KL, Putrajaya dan Pahang menjadi 7 negeri catat kadar kecederaan pekerjaan lebihi paras peratusan kebangsaan. Sementara Terengganu pula tampil selaku kadar kecederaan pekerjaan maut tertinggi di negara.