Sehingga akhir Oktober lalu, didapati terdapat RM12.8 bilion wang tidak dituntut (WTD) oleh rakyat negara. Jelas Kementerian Kewangan (MOF), pada tempoh yang sama hanya RM4.2 bilion telah dituntut daripada jumlah RM17 bilion WTD yang diserahkan syarikat, firma kepada Jabatan Akauntan Negara.
Buat pengetahuan umum, sejak 2022 lagi Jabatan Akauntan telah melaksanakan pelbagai saluran untuk memudahkan orang awam – menyemak dan menuntut wang mereka. Ini termasuklah membuka sekitar 184 reruai di seluruh negara bagi menggalakkan orang awam lakukan tuntutan WTD.
Maka bagi pihak yang berkaitan, secara mudahnya anda boleh merujuk pada pautanĀ Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (eGumis) untuk tindakan semakan lanjut. Buat pengetahuan umum, tuntutan WTD ini tidak memiliki sebarang tempoh akhir, susulan itu adalah relevan untuk semua pihak menuntut pada bila-bila masa.