Artikel

Hanya 14% Organisasi Di Malaysia Sedia Manfaat Teknologi AI – Cisco

Dalam kerancakkan Malaysia meluaskan potensi selaku hab data, ketika ini didapati hanya 14% organisasi di negara memperlihatkan ketersediaan sepenuhnya untuk melaksanakan, memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) di pasaran.

Peratusan di bawah tinjauan Indeks Ketersediaan AI Cisco 2024 ini memperlihatkan peningkatan kecil berbanding tahun lalu dengan 13% organisasi menyatakan ketersediaan mereka melibatkan AI.

Jelas Cisco biarpun terdapat jurang pada persediaan Malaysia, tahap keperluan AI pada operasi dalam segmen syarikat di negara dilihat semakin meningkat. Ketika ini terdapat 55% syarikat telah mulai menyediakan peruntukan antara 10% hingga 30% daripada perbelanjaan teknologi operasi untuk manfaat AI.

Adanya sokongan sedemikian, ia dijangka meningkatkan lagi kecekapan produktiviti pada sebilangan sektor ekonomi negara. Aturan itu kelak turut akan memberi pulangan pada pengurusan operasi, data, dan infrastruktur perniagaan tempatan.

Selain Malaysia, kajian ini untuk makluman turut meliputi penyertaan 3,660 pemimpin perniagaan eksekutif dari organisasi di 14 pasaran pada rantau Asia Pasifik, Jepun dan China. Dengan melibatkan syarikat bersama penyertaan 500 pekerja dan ke atas.